Saturday 31 December 2011

PERASAAN TAKUT AKAN KEHILANGAN CINTA ...

1) Kecemburuan
- Kebiasaan meraka curiga kepada kawan-kawan dan orang yang dicintai tanpa bukti yang masuk akal dan sebab yang munasabah; kebiasaan menuduh pasangan tidak setia tanpa alasan; mencurigai setiap orang, dan tidak pernah menaruh kepercayaan penuh kepada sesiapa pun ..


2) Mencari-cari kesalahan
- Kebiasaan suka mencari-cari kesalahan pada kawan-kawan, kerabat, rakan perniagaan dan orang yang dicintai kerana sebab yang sedikit sahaja, atau bahkan tanpa sebarang alasan ..


3) Berjudi
- Kebiasaan berjudi, mencuri, menipu atau mengambil risiko berbahaya supaya boleh memberi wang kepada orang yang dicintai, dengan keyakinan bahawa cinta boleh dibeli; kebiasaan membelanjakan lebih banyak daripada yang pendapatannya atau kerap berhutang untuk membelikan hadiah bagi orang yang dicintai, dengan maksud untuk mempamerkan sifat yang baik ..


No comments:

Post a Comment