Saturday 31 December 2011

ERTI DI SEBALIK KESETIAAN !!!

Ramai yang bertanya kenapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi teman hidup kita ??


Kesetiaan dalam perhubungan amat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjawab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih .. Alangkah sedihnya jika amanat dan tanggungjawab yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikan .. tidakkah ia sama dengan penipuan ?? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengatakan cinta jika kita tidak mampu memberikannya sepenuh hati ..


Ingatlah bahawa hidup kita bagaikan roda, tidak semestinya kita selalu duduk di atas .. Jika kita permainkan hati orang lain, satu masa kita juga akan di permainkan .. Pada masa itu penyesalan tiada gunanya .. Setiap apa yang kita lakukan pasti ade balasan, hanya masa yang dapat menentukan ..


Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik .. Jadilah insan yang boleh membahagiakan pasangan tanpa rasa jemu .. Jika anda di curangi janganlah bersedih atau berdendam, tetaplah jadi yang terbaik .. Kerana anda ada maruah diri, janganlah samakan diri anda dengan insan yang tidak setia .. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda ..Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka .. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari kebaikan yang anda lakukan ..


From : Tentang Cinta 


No comments:

Post a Comment